CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 9, 2010

hepi besdal ADIK 2thn

12.12.10..genaplah umur adik 2thn..huhu bdk lhir ujung thn..org ln dh lama matang..dia still mcm baby lg..
mcm tk caya adik dh besar..wlaupun still tkleh brcakap sepetah bdak2 ln...hihi... rsa mcm br je lg prstiwa brtarung nyawa utk lahirkan adik,,tut2..dh 2thn rupanya..hihi..ibu bhgia sgt dgn khdiran adik n kakak..
tp utk sdua kalinya ibu mnta maaf sgt2 sbb tkdpat nk clbrate brthday adik besar2...cos skrg kakak kt kg..so, abah ckap just beli kek je..huhu..ksian adik..thn lpas pun sama gak..

tkper la...yg pnting ibu n abah ttap syang adik..nt esok ibu g beli kek utk adik..
apapun...smprna hri lahir adik ni..ibu doakan adik mnjadi anak yg soleh..smga anak2 ibu mnjadi org yg brjaya dunia n akhirat...smga dpat mmbesar dgn sihat dn bhgia utk slmanya...IBU,ABAH & KAKAK SAYANG ADIK SGT2...LUV SO SO MUCH...muahhhh!!!..

Friday, December 3, 2010

saya bdak br blaja...

haha  agak klakar bl 1st nk join contest...dh le agak blurr..agak klam kabut skit..mklumlah agak buta it skit ni..hihi wlaupun dh lama ade blog tp jarang2 buka so, jrang2 la nk mnggodeh.. sbnarnya dah lama dh brminat nk joint contest, tp sbb tk thu sgt so mmedam rasa je la..hihi skrg ni br th skit2..nsib ade opismate yg tlg tnjuk agak....yg klakarnya blog i ni br ade 6 org follwer..hihi..ape2 i hepi...skrang2nya bleh blaja bnyak bnda dr kkwang blog yg i dh follow...

Wednesday, December 1, 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Jom masuk contest ni.... sbnarnya ni 1st time ibu nk joint contest...
trtarik ngan contest  RICH MOM DIARY

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

AISYATUL QASRINA BINTI MAKHZAN (ktorg pnggil "ADIK")
12/12/2008 (1THN 11BLN)hihi...dh nk msuk 2thn dah...
 HOBI..."MERAJUK, MENARI & menNYAYI"..
skrg ni gigi adik dh 10 btg...

SO...Spe2 yg nk joint gak...jom masuk ke LINK Entri Pertandingan ini:

@ Klik je kt bnner ni...

Monday, November 1, 2010

khdupan skrg...

Dah lama tk buka blog sndiri..skrg ni asyik dk layan fb..ttiba rasa rindhu plk nk mngarang dlm ni...
tp tk thu ape nk dkarangkan..
khidupan pn skrg mking bz..bz dgn keje2 harian..anak dh mking mmbesar..prlukan prhatian yg agak lebih..kerenah pun smking mnjadi2..brmcm2 ragam..
komitmen dtmpat keje pun mking byk..kekadang trsa 24jam shri bnar2 tidak mncukupi..
apatah lg bl hri trpksa kerja lebih msa..
namun ni la lumrah khidupan...mmerlukan pngorbanan...trutama bg kaum wanita zman skrg..seolah2 suma
tnggungjwab atas bahu kita..kekadang bila kpenatan n ketensenan  mlnda..ingin rsanya aku lari dr tnggungjwab ini....tp hkikat sbnarnya ini lah yg dktakan kehidupan..mmrlukan sebuah pngorbanan...
pngorbanan yg akhirnya  mnhsilkan sbuah kbhgian..dn kepuasan..(insyaallah)
aku bhgia dgn khidupan skrg..wlau hkikatnya msih byak yg belum smpurna...msih byk lg yg prlu ku korbankan..masih byk lg kelemahan yg prlu diperbaiki..
dan aku puas bl ape yg dkrbankan sllma ni mnmpakkan hsil..trutama dlm hal mlibatkan anak2..
anak2 yg msih belum kenal apa erti khdupan..namun slaku ibu..trsa amat istimewa bl anak seusia 3thn dh mula pndai mmbaca alif baa taa..ape lg al-ftihah..srta bbrpa doa pndek(syukur yaAllah di atas pmberian ini..)
anak2 yg mmrlukan didikan yg smpurna..trutamanya dlm hal mlibatkan agama n sosial mreka....dn hal2 sbgini lah yg amat2 dtkuti oleh smua ibu....
seolah hari esok mrupakan cabaran utk kita..mmpukah kita mmberikan didikan yg trbaik utk mereka...
kekadangn prsoalan sbgini lah yg bt kta tensen...tkut apa yg kta berikan hari ini mnghsilkan racun nt..
trnyata bkan senang brgelar seorg ibu..btullah kata org..sesusah mana kita nk brsalinkan anak tp lg susah msa mmbesarkan mereka...cabaran yg bkl dtmpuhi...amat2 dtakuti..
namun inilah yg dkatakan khdupan...
brbalik pl psal tnggungjawab..YA ALLAH.hnya Dia yg th apa yg dlalui hari ni..slaku isteri..ibu..anak..n pkerja..mkg ni la yg di lalui oleh mie(ibuku) utk mmbesarkan kami 10 org adikbrdik... cuma bezanya mie suri rumah spenuh msa...barulah aku fham apa yg mie lalui dulu..mmbesarkan anak2 dgn penuh hrapan..
hrapan smga anak2 brjaya dunia n akhirat....amin 
            "Ya Allah...sesungguhnya aku brlindung kpdMu drpda krusingan dn dukacita..semoga Engkau melimpahkan ksjhtraan keatas penghulu kami Nabi Muhammmad s.a.w yg dgnnya dpat mlapangkan rezeki bg kami dn anak2 kami dn mnjadikakkn baiknya akhlak kami dan curahkan ksejahteraan atas kluarga dn shbat2 kami... amin"

Thursday, May 27, 2010

prkhbaran trkini..

sudah agak lma tk mngarang dlm ni..bkan tkde citer..tp msa agk tk mngizinka..
huhu esok cuti tp trpksa keje..nk tlg si k.ros yg tkde org nk tlg siapkan drwg dia.
ksian k.ros ni..suma keje atas bahu dia skrg..so aku pun dgn baik hatinya mngoferkan dri nak dtg esok..tp..dgr brsyarat..trpksa la badak anakanda trcinta msuk opis..
haha nk wat cmner.. tska pun tutup esok..aku saje je..dr duk mlopong je kt umah tu
baik aku dtg opis..dpt jg phala..(bkan duit ek...)
sbnarnya tringin gak nk g brcuti brsma2 fmli..tp my hubby asyik2 bz je..
tensen aaa mcm ni..tp nk wat cmner..dh nasib badan..
lg pun kakak skrg msih di kg..tnggu rabu depan baru smpai jb..
sebut psal kakak..ibu rindhu sgt2 ngan kakak..smpai tido mlm pun
trmimpi2..nenek ckap kakak dh agak berisi skit..mklumlah duk kt kg hati senang..suma org dk layan dia sorg..kl kt sini..kn kngsi kasih ngan adik..huhuhu..
masing2 nk attion kita je..si adik plak skrg dah agak matang skit..
dh pnadai mnari2..tp mking manja..pntang silap nk mrajuk..
tk thu cmner nati bila ada kakak..msti kn lempang ngn kakak kl kmemet cmtu..

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 15, 2010

Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah











Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang Baik

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).