CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 15, 2010

Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah











Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang Baik

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Sunday, March 14, 2010

Panduan ibu bekerjaya

Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur

Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh

Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

Thursday, January 7, 2010

ari aku trbaca blog siti sfir brkisahkan antar ank kt taska.. agak menarik..
coz aku pun ade kisah yg nk di kongsikn pasal taska ni.. pngalaman antar kt taska ni macam2.
maklumlah dua2 anak aku skrg hantar kt taska jg..
aku tk tahu nk cakap ape prasaan aku tang taska ni..yg aku thu..bayaran utk prkhidmatan taska skrg ni agak mahal..sungguh mahal..bayangkan untuk 2 org anak aku tu mnjejas rm600 sblan..
untuk kakak rm200..adikrm240. bila cmpur coz ot lak..mncecah rm600..ish..ish..
yg aku tk puas hatinya stu jam utk sorg tu rm4.. dlm sminggu aku ambik lewat diorg 2kali..dlm lingkungan 7.00pm to 7.15pm..yg lebih 5 to 15 minit pun diorg kira.. dicmpurnya smpaile brjam2 jadinya dlm sebulan..
tapi ape nak buat dh trpksa.. lagipun ape nak brkira.. diaorg jaga anak kita..
tp kekadang tu agak frust gak ngan servis doirg ni..trutama skali bila ambik anak petang2.. kekadang tu pampers pun dh nk penuh...tak tau le pukul brapa diorg mandikan ank2 aku ni.. tu dah kira ok le..yg paling aku tk puas hati bila anum ank2 aku ade ruam lampin.. yg tang ni..hsbend aku mmng bising gila.. coz dia pntang ank2 dia tk dijaga betul..tpksalah kita letak krim plak..
bila je kita tnya ngan pnyelia kt sini..ade je jwapanya.. dgn tmpa rasa brsalah dia bagi pnjelasan..
xceli aku tk prnah lg jumpa owner taska ni.. rasanya 1day aku kn contak gak owner dia yg sbnar2nya..
nk complain skit.. dah le ckgu2 nya asyik btukar ganti je..
kalu di ikutkan hsbent aku nk je dia tukar taska lain.. tp aku tak nak..coz kn pikirkan anak2.. aku kl bleh tknak diorg brpindah randah..nati comfuse lak dorg..kejap sana ..kejap sini... kesian lak..
lagipun dh sthun diorg kt taska tu..diorg pun dh serasi.
lagipun bila dikenang2kan..ade jg kbaikanya kt situ.. antaranya dr pemerhatian aku le..kakak ade jg blaja kt situ..dia dh tahu sebut alif ba taa... dh pndai nyanyi lgu nuseri song..adik lak mmng serasi ngan ckgu dia.. bila hantar pagi2 siap hulurkan tnggan nak nagn ckgu..
so...apepun harap2 anak2 selamat la kt sana.. semengnya itu lah harapan seorg ibu..BUAT KAKAK N ADIK.. MOGA2 KALIAN DAPAT YG TRBAIK DR IBU N ABAH.. JADILAH ANAK YG SOLEH BILA BESAR NTI..AMINNN.

Friday, January 1, 2010

kakak dah blik jb..

hehe..akhirnya trubat gak rindhu ibu pd kakak.
kakak dh blik jb blik dah. hampir sbulan gak ibu n adik brpisah ngan kakak..dek krn kakak
balik kg kt klte..
sesampai je kakak kt sini..ibu terus ambik cuti..kononnya nk bagi
masa sepenuhnya ngan kakak..
so hujung minggu ari tu ibu cuti agak pnjang skit..dr ari jumaat ke ari isnin..
tapi kembalinya kakak kalini agak gelap skit..
maklumlah kt kg agak panas skit..lgipun kt sna kakak bebas brmain..tk mcm sini..trkurung je
dlam umah..
petang isnin tu abah bawa ktaorg g makan pizza..kononya nk
nak cover blik ape yg kakak tk makan msa dia tkder..
hehe yg untung nya ibu le yg bleh makan sll..hehe..





ni le wajah2 trbaru kakak...agak gelap n berisi skit...

jalan2 cari pasal...

cuti krismas ari tu mmg tk duk diam..ari2 g jalan..kali ni agak lain skit.
biasanya brtemankan abah.tp kali ni brtemankan c.nurul n c.marina..
hehe..yg bestnya fisrt2 ktaorg g makan laksa johor umah c.marina...
pandai gak anak dara tu masak..sodap..hingga mnjilat jari..
lepas tu g jusco tbrau city. oleh krna gaji lum masuk lgi..so jalan2 cuci mata je la...
tp smpat gak c.marina n.c,nurul belikan adik n kaka baby bear..comel..
tq 2 u all..tq sgt2..dah la bawa ibu n adik jalan2..siap belikan adik hdiah..
kakak yg kt kg pun ade gak...




ni le dia c.marina kita...


n ni le bear yg comel2 tu...tq..tq..tq..

Wednesday, December 16, 2009

dah agak lama tk mngarang dlm blog ni..huhu skrg ni keje pun agak bnyak..
bnyak benda yg trpksa dtngguhkan, trmsuklah clbtare brthday adik..
121209 genaplah umur adik 1thn....tp ibu tk smpat nk wat ape2..memanglah ibu tk rncang nk wat mjlis gmpak2..
tp sbnarnya ibu dh janji nk buat makan2 skit..kononya nk wat nasi dagang le...
tp disebbkan keje yg agak bnyak..n ibu asyik kna keje smpai malam..so trpksa la ibu tngguh2kan..
buat adik..ibu MINTA MAAF BYK2.. nati ade masa ibu belikan kek utk adik..n kita clbrate ngan abah n kakak.. kbtulan kakak pl tkde skrg..kita tunggu je le kakak blik sini...

tp pd ari tu kitaorg smpat gak g mkan2 kt mc.d .. wlaupun agak mngatuk tp adik layankan aje ibu n abah makan...
dek krna masih rasa brsalah ngan adik..besoknya lak abah ajak
g makan kt pizza lak..kononya2 adik nk makan soup..hehe sbnarnya abah yg tringin nk makan...


so ..buat adik..jgn le trasa hati nye.... n ibu ucapkan HEPI BESDAY..MOGA ADIK MMBESAR DGN SEMPURNA N JADI ANAK YG SOLEHAH...amin..